BanjirSemasa

Pemanasan global tidak dijana oleh Pakistan sama sekali

Menteri Perubahan Iklim sangkal dakwaan Pakistan tidak bersedia hadapi banjir

ISLAMABAD: “Itu sama sekali tidak benar. Pemanasan global tidak dijana oleh Pakistan!” tegas Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman kepada media antarabangsa.

Kenyataan itu disokong Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama yang menyalahkan negara perindustrian kerana telah membebaskan paling banyak karbon di dunia sebagai punca kepada bencana banjir yang melanda Pakistan.

“Biar jelas, rakyat Pakistan tidak akan menganiaya diri mereka sendiri. Kita semua adalah puncanya dan negara pengeluar karbon terbanyak adalah yang paling bertanggungjawab!” tegas Bainimarama dalam twitter rasminya.

Sama seperti Fiji, Negara Pakistan adalah antara penyumbang terendah kepada pelepasan karbon global, namun negara itu masih sangat terdedah kepada perubahan iklim.

Pakistan mempunyai kira-kira 7,500 sungai glasier dan peningkatan suhu global menyebabkannya mencair dengan cepat.

“Apa yang berlaku di Pakistan ini bukan berpunca daripada  perubahan iklim atau sasaran mitigasi oleh tangan kami tetapi berpunca daripada pelepasan karbon global. Ya, mungkin benar kami perlu menyesuaikan diri dengan lebih baik, tetapi Pakistan bukanlah yang menyebabkan suhu cuaca meningkat sehingga 53 darjah celcius!” bantah Menteri Perubahan Iklim Pakistan, Sherry Rehman.

Pakistan kini diserang ‘monsun yang dipacu steroid’ yang sudah menenggelamkan satu pertiga negara itu.

Angka kematian akibat hujan monsun yang melanda Pakistan sejak pertengahan Jun lalu mencecah 1,350, demikian menurut Provincial Disaster Management Authority (PDMA) Pakistan.

Lebih 50 juta rakyat kini hidup merempat, manakala 900 ribu ternakan mati dan 1 juta kediaman musnah akibat gergasi monsun’ ini, berdasarkan agensi berkenaan.

Negara Pakistan terus lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button