KUCHING : [VIDEO] Fenomena air pasang besar (King Tide) yang berlaku di negeri Sarawak menyebabkan banjir dan banyak binatang liar seperti buaya mula keluar ke kawasan yang tidak dijangka.
Dalam satu kejadian pada Rabu (13 Jan), seekor buaya telah sesat hingga ke sebuah rumah penduduk di Kampung No.4.
Kejadian tersebut berlaku pada waktu malam yang telah tersebar luas di media sosial.
Menurut posting yang dibuat oleh Sufri Yusop Shamsudin di laman Twitternya, buaya tersebut tersesat ketika sedang mencari makan.
Buaya tersebut telah pun ditangkap dengan kerjasama dari penduduk kampung dan pegawai bomba.
Fenomena air pasang besar (King Tide) berlaku disebabkan kesan daya graviti yang diberikan oleh bulan, matahari dan putaran bumi dan berlaku empat kali dalam setahun.