PalestinSemasa

Ahmad Amer meninggal dunia akibat cedera parah

NABLUS: Seorang pemuda Palestin, dikenali sebagai Ahmad Amer Abu Jneid, 21, telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami sebelum ini semasa serbuan tentera israel ke atas kem pelarian Balata di Nablus, menurut Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, sebelum ini Abu Jneid ditembak di kepala dan kritikal di hospital sehingga disahkan meninggal dunia pada sebelah petang Rabu.

Askar israel menyerbu kem pelarian Balata awal pagi untuk menangkap aktivis tetapi berdepan pelbagai tentangan hebat yang memaksa mereka undur berundur tanpa menangkap sesiapa.

Namun sebelum mereka berundur, mereka sempat menembak dan mencederakan Abu Jneid, yang sedang belajar untuk menjadi wartawan.

Abu Jneid adalah salah seorang rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera israel di Tebing Barat yang diduduki sejak awal tahun ini.

Setiap hari pasti ada penangkapan, pembunuhan dan serbuan yang dilakukan oleh zionis israel terhadap penduduk Palestin yang tidak bersalah sejak tahun-tahun sebelum ini lagi.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik :

www.tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button