Semasa

Ahli parlimen Palestin dibebaskan dari penjara Israel

Ahli parlimen Palestin, Khalida Jarrar akhirnya dibebaskan setelah dua tahun berada dalam tahanan rejim Israel.

Jarrar, 58, dijatuhi hukuman dua tahun pada Mac 2021 kerana terlibat dalam Front Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), yang mana Israel dan Amerika Syarikat melabel organisasi tersebut sebagai “pengganas”.

Walau bagaimanapun, tentera Israel tidak menemui sebarang bukti bawaha Jarrar mempunyai kaitan dalam tindakan ganas.

Beliau ditahan tanpa bicara sejak 2019  bersama beberapa tokoh Palestin yang lain susulan serangan yang mengorbankan seorang remaja Israel.

Israel menyalahkan PFLP dan menuduh mereka menjadi punca serangan itu berlaku.

Jarrar dilantik sebagai ahli parlimen dalam Majlis Perundangan Palestin, atau parlimen yang juga sebahagian dari PFLP.

Pada Ahad, organisasi itu mengucapkan tahniah kepada Jarrar atas pembebasannya dan menganggap beliau sebagai “rakan seperjuangan” yang terkenal dengan “kesabaran dan ketabahannya.”

Setelah keluar dari penjara, Jarrar mengunjungi makam anak perempuannya Suha yang meninggal pada  Julai, kata seorang wartawan AFP.

Jarrar telah ditangkap dan dipenjara berkali-kali dan sering ditahan tanpa tuduhan dalam apa yang disebut oleh Israel sebagai penahanan pentadbiran.

Israel mengatakan prosedur itu bertujuan untuk membolehkan pihak berkuasa menahan suspek sambil terus mengumpulkan bukti, dengan tujuan untuk mencegah jenayah sementara waktu.

Tetapi sistem itu telah dikritik oleh rakyat Palestin, kumpulan hak asasi manusia dan anggota masyarakat antarabangsa, yang mengatakan Israel menyalahgunakannya.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

_________________________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button