DuniaSemasa

Ahli Parlimen Jordan doakan kejatuhan rejim Assad

Oleh: Izz Nazaruddin

AMMAN : Ahli Parlimen Jordan, Ali Al-Khalayleh mengutuk rejim Bashar Al-Assad dan mendoakan kejatuhannya berikutan pencabulan hak air negara itu ketika sesi mesyuarat di parlimen semalam.

Beliau menyeru rakyat Amman untuk mengambil hak air mereka didepan mata antarabangsa, Arab dan komuniti Islam.

“Rejim ini tidak berlaku adil berkenaan hak air kerajaan kita dan telah membina 23 buah empangan baharu di Sungai Yarmouk, mengeringkan sumber air dan menggali perigi berdekatan dengan sempadan,” katanya.

“Saya berdoa pada tuhan untuk menghapuskan rejim yang menindas anak kami di Syria,” katanya lagi.

Pelanggaran hak air Jordan itu telah disahkan oleh Menteri Air dan Pengairan, Muhammad Al-Najjar, yang mengakui Rejim Al- Assad telah mengambil perkongsian mereka dengan berlebihan.

Perkara ini telah melanggar perjanjian air pada tahun 1987 di mana Jordan akan membina empangan yang menakung sebanyak 220 juta meter padu sementara Syria akan membina 25 empangan untuk pengairan atas syarat mereka akan dapat faedah elektrik yang dijana oleh empangan Al-Wehda.

Terjemah dari: Middle East Monitor

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button