PalestinSemasa

Ahli Parlimen Israel Ben-Gvir mengancam untuk membunuh tahanan Palestin

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

RAMALLAH: Ahli parlimen berhaluan kanan Israel, Itamar Ben-Gvir yang telah memanggil keluarga tahanan Palestin, Nour Eddin Jarbou dan mengeluarkan ancaman untuk membunuh mereka dan anak lelaki mereka, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Jarbou lelaki yang ditahan Israel

Qadri Abu Bakar, ketua Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan menyifatkan Gvir sebagai seorang yang rasis. Gvir telah memberitahu keluarga Jarbou bahawa dia tidak akan meninggalkan anak mereka (Jarbou) hidup-hidup.

Gvir didakwa akan mencederakan Nour Eddin Jarbou dengan menggunakan kuasa tentera sebelum membiarkan lelaki tersebut mati. Selain itu, Ben-Gvir turut akan membunuh keluarga lelaki tersebut.

Sebelum ini, Ben-Gvir terkenal dengan sifat bencinya terhadap rakyat Palestin.

Abu Bakar berkata ancaman tersebut akan dipandang serius memandangkan Ben Gvir terkenal juga sebagai penyokong keganasan terhadap rakyat Palestin sementera dia membela warga Israel yang melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin.

Ben Gvir ahli parlimen Israel rasis dan pembenci Palestin

Jarbou, 27, ditahan pada 9 April lalu selepas dia ditembak beberapa kali semasa serangan tentera Israel ke atas kem pelarian Jenin.

Satu peluru mengenai tulang belakangnnya sehingga menyebabkan rakyat Palestin itu lumpuh.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button