DuniaPalestin

Ahli parlimen Ireland kecam tindakan berat sebelah terhadap Palestin

LONDON : Seorang ahli parlimen Ireland mengkritik kerajaannya kerana berat sebelah berhubung sekatan yang dikenakan terhadap Rusia atas pencerobohan Ukraine,

Richard Boyd Barrett, ahli parlimen parti sayap kiri People Before Profit berkata mereks tidak mengambil langkah yang sama terhadap Israel yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.

“Kalian lantang bersuara mengenai jenayah terhadap kemanusiaan Vladimir Putin tetapi anda tidak akan melakukan perkara yang sama kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya kepada parlimen.

Beliau menyenaraikan pelanggaran hak Palestin oleh Israel, termasuk serangan ke atas Gaza dan pencerobohan tanah dan mendakwa kerajaannya enggan menggunakan perkataan apartheid mahupun kenakan sekatan ke atas mereka.

“(Ia mengambil masa) lima hari untuk melaksanakan sekatan terhadap Putin manakala 70 tahun penindasan terhadap rakyat Palestin.

Dalam pda itu, Boyd berkata Amnesty International telah menggesa agar Israel dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah terhadap kemanusiaan.

“Mereka (Amnesty) menyeru agar sekatan yang disasarkan ke atas pegawai Israel yang mengekalkan sistem apartheid,” katanya.

-AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button