DuniaSemasa

Agong terima darjah tertinggi Turki

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi Ketua ASEAN pertama menerima darjah tertinggi kerajaan Turkiye, Turkish Order of the State bersempena lawatan Negara ke Turkiye.

Baginda merupakan antara lima pemimpin negara yang menerima pingat tersebut di bawah pimpinan Erdogan selain Raja Belgium Raja Philip, Raja Arab Saudi Raja Salman, Emir Kuwait Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber al-Sabah dan Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi.

Dalam Lawatan Negara tersebut, Seri Paduka berkenan mengurniakan anugerah darjah tertinggi Malaysia, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N) kepada Erdogan.

Untuk makluman, darjah kebesaran D.M.N sepatutnya dikurniakan kepada Sultan atau Raja yang memerintah negeri namun darjah tersebut juga boleh dikurniakan secara kehormat kepada warga asing serta orang paling dihormati.

Antara pemimpin yang perlah dikurniakan darjah D.M.N sebelum ini adalah Ratu Elizabeth, Emir Qatar Sheikh Hamad Khalifa al-Tahni, Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz dan isteri Sultan Brunei Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Selepas daripada pengurniaan anugerah tersebut, Seri Paduka kemudiannya berkenan menyaksikan Konsert Tradisional yang dihoskan oleh Erdogan.

Baginda diiringi Seri Paduka, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda baginda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Dalam Lawatan Negara di Turkiye, Seri Paduka berkenan menghadiri Jamuan Negara bersama Erdogan dan isteri Emine Erdogan di IStana Presiden selepas Sambutan Negara.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri mempunyai jadual padat sepanjang Lawatan Negara selama tujuh hari di Ankara dan Istanbul. – Bernama

Related Articles

Back to top button