DuniaSemasa

Aceh arah premis perniagaan tutup sementara ketika Maghrib

JAKARTA : Seluruh tempat kerja dan perusahaan termasuk kedai makan dan minum di Aceh Barat wajib ditutup sementara ketika waktu solat Maghrib.

Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam dan Wilayatul Hisbah Daerah Aceh Barat, Dodi Bima Saputra menegaskan peraturan ini bertepatan dengan Qanun Nombor 11 Tahun 2002 mengenai Akidah, Ibadah dan Syiar Islam yang sudah pun dikuatkuasa di Aceh.

Menurut laporan CNN Indonesia, peraturan itu ditetapkan sebagai usaha untuk menerapkan syariat Islam di seluruh bandar Aceh dan mempermudahkan lagi urusan umat Islam untuk beribadah.

Sementara itu, pegawai bertugas akan meninjau setiap pengusaha atau perniaga untuk menutup sementara premis masing-masing bermula jam 6 petang (waktu Indonesia barat) sehingga solat Maghrib selesai.

 

Related Articles

Back to top button