Semasa

Kerja pembinaan Lebuhraya SUKE diarah berhenti serta-merta

Insiden kren terjatuh

KUALA LUMPUR – 22 Mac : Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) di Jalan Alam Damai, dihentikan sementara waktu.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan tindakan itu selepas kejadian kren launcher pagi tadi menyebabkan tiga maut dan dua cedera.

Dalam sidang medianya, beliau menegaskan jalan atau laluan kenderaan perlu ditutup sekiranya sesuatu struktur berat perlu dialihkan dalam melaksanakan projek pembinaan jalan raya atau lebuh raya.

“Dalam pelaksanaan projek, jika misalnya nak alihkan gantry launcher, jalan perlu ditutup, jika jalan dah selamat, struktur itu pun selamat (dialih), maka barulah buka semula laluan tersebut,” – Menteri Kanan Kerja Raya / Datuk Seri Fadillah Yusof

Datuk Seri Fadillah Yusof yang sebelum itu turun padang ke lokasi kejadian memberitahu tiada kerja pembinaan dijalankan ketika insiden pada pagi tadi.

Sebaliknya hanya kerja penyelenggaraan dilakukan beberapa pekerja, termasuk mangsa kejadian.

Menteri Kanan Kerja Raya – Datuk Seri Fadillah Yusof

“Jika berlaku pemasangan beam, jalan raya di sini ditutup. Tadi, hanya kerja penyelenggaraan dijalankan. Mangsa terbabit sedang melakukan penyelenggaraan di situ,” – Menteri Kanan Kerja Raya / Datuk Seri Fadillah Yusof

Tambah beliau lagi, pihaknya turut mengarahkan pemaju mengemukakan laporan penuh berhubung kejadian pagi tadi.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan Hafeez Nor Hanif Anuar.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button