Abu Malik al-Shami adalah pelukis muda yang aktif memaparkan kisah keperitan dan kesengsaraan rakyat Syria pada bekas runtuhan dinding di sekitar Darayya, yang terletak 10 kilometer dari Damsyik.
Shami mula berjinak-jinak dengan lukisan mural pada tahun 2014, apabila takdir mempertemukan beliau dengan seorang pelukis terkenal iaitu Majd yang sinonim dengan gelaran “The Eye of Darayya” (Mata Darayya).
Karya sulung Shami adalah di atas runtuhan rumah yang musnah dibom tentera rejim Bashar al-Assad.
Di atas dinding itulah beliau melukis seorang kanak-kanak perempuan menunjuk ke arah hati di hadapan seorang askar. Baginya, mesej yang ingin disampaikan adalah menanam rasa cinta dan kasih sayang antara satu sama lain.
Di saat seluruh bandar Damsyik dihujani bom, kekurangan bekalan makanan dan konflik perebutan kuasa, maka, muncullah sebuah mural yang menceritakan kisah disebalik runtuhan bangunan itu.
Lukisan pertama yang mencuri perhatian dunia ialah lukisan yang memaparkan seorang gadis berdiri di atas timbunan tengkorak sambil menulis perkataan “Hope” (Harapan).
Sementara itu, Shami akui antara cabaran dalam menghasilkan sebuah karya mural adalah mendapatkan bekalan alat lukis dan cat, lapor BBC.
“Apabila saya tiba di Darayya, saya benar-benar terkejut.
“Terjadi kemusnahan besar di mana-mana, dan pada masa itu, tentera rejim membedil secara rawak dan menyerang orang ramai. Keadaannya sungguh menyedihkan, kami tidak dapat menanggungnya. Semuanya musnah.” katanya.
Hal ini turut berlaku pada sebuah kedai menjual alatan seni di Darayya yang musnah akibat bedilan bom sehingga memaksa Majd, Shami dan beberapa rakan yang lain menggali runtuhan bangunan itu bagi mendapatkan bekalan cat dan berus.
Merujuk pada perkongsian Twitter @AliHajSuleiman hari ini, Shami dilihat sedang melukis mural pada salah satu dinding runtuhan bangunan di Darayya memaparkan seorang kanak-kanak perempuan melepaskan belon yang diinspirasikan oleh Banksy pelukis jalanan England.
Syrian artist Abu Malik Al-Shami paints a mural inspired by Banksy's Balloon Girl, on the wall of a building that was destroyed during air strikes at the Syrian village of Al Neirab. pic.twitter.com/R82phYzDHm
— Ali Haj Suleiman (@AliHajSuleiman) November 24, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom
______________________________________________________
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria.
DUA CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987