Dunia

Satu maut, ratusan sakit alami `penyakit misteri’

Ujian Covid-19 negatif

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya seorang maut dan 200 lagi dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang tidak dikenal pasti di negeri Andhra Pradesh di bahagian selatan India.

Penyakit itu dikesan pada petang Sabtu di Eluru, sebuah bandar purba yang dikenali dengan hasil kait tangannya.

Sejak itu, para pesakit mengalami simptom daripada rasa mual dan kegelisahan hingga tidak sedarkan diri, kata para doktor.

Seorang lelaki berusia 45 tahun yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami simptom serupa dengan sawan dan mabuk meninggal dunia pada lewat Ahad, lapor agensi berita Press Trust of India.

Para pegawai sedang cuba menentukan punca penyakit itu.

Sejauh ini, sampel air dari kawasan-kawasan terjejas tidak menunjukkan sebarang tanda pencemaran dan para pesakit diuji negatif bagi COVID-19.

Ketua Menteri negeri Y S Jagan Mohan Reddy mengunjungi sebuah hospital pemerintah dan bertemu dengan para pesakit.

Ketua pembangkang N Chandrababu Naidu dalam catatan Twitter menuntut “siasatan menyeluruh dan tidak berpihak kepada sesiapa ke atas kejadian itu”.

Andhra Pradesh adalah antara kawasan paling teruk terjejas oleh COVID-19, dengan lebih daripada 800,000 kes dikesan di daerah itu.

Sistem kesihatan di negeri itu, seperti kawasan lain di India, terjejas teruk oleh virus berkenaan. – Agensi

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button