Dunia

Molotov cocktail dibaling ke arah kelab polis

3 lelaki berpakaian hitam dipercayai dalang

HONG KONG: Kelab rekreasi polis di Hong Kong dibaling dengan bom petrol awal pagi hari ini .

Kejadian serangan ini adalah yang jarang-jarang berlaku ke atas kemudahan pihak berkuasa negara itu sejak  Beijing menguatkuasakan undang-undang keselamatan nasional yang meluas.

Polis berkata, mereka menerima satu laporan mengenai tiga lelaki berpakaian hitam yang membaling molotov cocktail ke arah tempat letak kenderaan di Kelab Sukan dan Rekreasi Polis di Mongkok, daerah yang menyaksikan banyak pertelingkahan ketika tunjuk perasaan demokrasi besar-besaran pada tahun lalu.

Imej oleh media tempatan menunjukkan bahagian depan sebuah trak yang terbakar, namun tiada kemusnahan lanjut yang berlaku.

Polis berkata, seorang lelaki berusia 18 tahun kemudian ditahan tidak jauh dari kelab berkenaan dan didapati membawa penyembur lada, walaupun belum pasti sama ada dia adalah suspek.

Polis rusuhan menembak ribuan pusingan gas pemedih mata dan peluru getah kepada orang ramai yang berhimpun.

Beberapa kumpulan penunjuk perasaan militan menggunakan batu dan bom petrol yang menyasarkan balai polis.

Penangkapan besar-besaran dan kemunculan pandemik COVID-19 menyebabkan protes semakin berkurangan pada awal tahun ini.

Beijing kemudian mengambil tindakan keras, termasuk menguatkuasakan undang-undang keselamatan yang melarang tuntutan autonomi atau kemerdekaan yang lebih besar.

Serangan ke atas polis kini diklasifikasikan sebagai keganasan dan boleh dihukum penjara selama 10 tahun seumur hidup.

MoPengkritik termasuk banyak kuasa besar Barat berkata, undang-undang itu menggugurkan kebebasan dan autonomi yang dijanjikan China untuk diteruskan Hong Kong selepas penyerahannya daripada pemerintah kolonial Britain pada 1997. – AFP

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button