KemanusiaanSemasa

Khidmat bakti Kpl Baharudin, Norihan dinaikkan pangkat Sarjan

Agong, Dewan Rakyat ucap takziah

KUALA LUMPUR: Y  menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Koperal Baharuddin Ramli, yang meninggal dunia ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand pada awal pagi semalam.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Baharuddin, dan berharap seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti serta jasa mendiang kepada masyarakat dan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar buat Pasukan Gerakan Am dan negara,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu di Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Baharuddin.

Ucapan itu dizahirkan sebelum sesi jawab lisan di Dewan Rakyat bermula hari ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada mendiang dan keluarga mendiang,” katanya

Di Jempol, dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terbabit dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand, mendiang Koperal Baharuddin Ramli dan Koperal Norihan Tari dinaikkan ke pangkat Sarjan berkuat kuasa serta-merta.

Mengumumkannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata kenaikan pangkat itu berikutan keberanian luar biasa ditunjukkan kedua-dua anggota PGA itu.

Cuaca mendung turut mengiringi upacara pengebumian anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Koperal Baharuddin Ramli.

Mendiang dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Orang Asli Sungai Sampo dekat sini jam 12.20 tengah hari tadi.

Baharuddin, 54, orang asli dari suku kaum Semelai dilaporkan terbunuh, manakala seorang lagi parah dalam kejadian berbalas tembak dengan kumpulan penyeludup di Tembok Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi semalam.

Mendiang daripada Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, PGA, terkena tembakan di bahagian kiri perut, mati di tempat kejadian manakala rakan setugasnya Koperal Norihan a/l Tari dari Pos Kawalan Sempadan, berada dalam keadaan kritikal akibat tiga das tembakan di rusuk serta perut dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar. – BERNAMA

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button