Semasa

Melampau…Israel makin gelojoh bina penempatan haram

AMMAN : Zionis terus memperluaskan penempatan haramnya di Timur Baitul Maqdis.

540 penempatan dicadang dibina di timur Baitul Maqdis sekaligus melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB,  terutamanya Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB.

Memetik berita Xinhua yang memetik berita Petra, Jurucakap Kementerian Luar Jordan, Daifallah Fayez berkata penempatan ini nyata menunjukkan pencabulan oleh pihak Israel.

Dasar penempatan Israel menghalang proses perdamaian dan penyelesaian konflik, “memusnahkan” setiap peluang untuk penyelesaian antara dua negara, kata jurucakap itu.

Masyarakat antarabangsa didesak untuk bersama menggalas tanggungjawab dengan memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan pelanggaran itu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button