Semasa

Mobile Clinic di Wangsa Maju Tarik Ramai Penduduk: Rawatan Percuma

Wangsa Maju – Klinik Bergerak MAIWP-MAPIM telah mengadakan program pertamanya di Pasar dan Pusat Penjaja Seksyen 2 Wangsa Maju.

Ia telah menarik perhatian ramai penduduk setempat yang hadir seawal pagi untuk mendapatkan rawatan percuma.

Antaranya ialah Rasool bin Abdullah yang kebetulan berada di lokasi, sangat teruja melihat Double Deckers Mobile Clinic MAIWP-MAPIM yang tersergam indah.

Beliau mendapatkan rawatan ringan bagi masalah jantungnya yang sebelum ini telah menjalani pembedahan. Alhamdulillah, Rasool berpuas hati dengan rawatan yang diberikan oleh Dr. Siti Hajar binti Abdul Aziz dan berterima kasih kerana rawatan yang diterima adalah percuma.

Tan Siew Gaik, seorang warga emas OKU pendengaran dan percakapan, turut gembira dengan perkhidmatan yang diberikan berhampiran rumahnya.

Menurut Dr. Kamaruddin bin M Isa, “Rata-rata pesakit yang hadir ada kesedaran kesihatan yang baik dan antara soalan mereka ialah mengenai diet pengambilan gula. Seperti Tan Siew Gaik, yang mengadu sakit lutut akibat faktor usia, telah diberikan preskripsi ubat tahan sakit Diclofenac Sodium.”

Seramai 50 orang hadir untuk mendapatkan rawatan, menunjukkan kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan menjaga kesihatan.

Program ini diharapkan akan terus memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk setempat.

Related Articles

Back to top button