PalestinSemasa

Pasukan pertahanan awam Palestin temui 21 mayat daripada runtuhan di Gaza

Pasukan pertahanan awam telah mengeluarkan mayat 21 rakyat Palestin dari runtuhan berikutan serangan udara israel di Gaza.

Sumber perubatan berkata enam mangsa telah ditemui selepas serangan israel di bandar selatan Rafah dan mayat mereka dipindahkan ke Hospital Nasser di Khan Younis.

Tiga lagi mayat telah dikeluarkan dari bawah runtuhan di barat Kota Gaza, kata Agensi Pertahanan Awam dalam satu kenyataan.

Sepuluh lagi mangsa ditemui oleh pasukan pertahanan awam di kejiranan Tel al-Hawa di barat daya Bandar Gaza, kata sumber perubatan.

Penduduk turut menemui mayat dua orang susulan serangan udara israel berhampiran kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza, menurut saksi.

Dalam masa yang sama sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam pengeboman israel ke atas sebuah sekolah kendalian PBB yang melindungi warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza, menurut pihak berkuasa tempatan.

Kira-kira 80 orang lagi cedera dalam serangan israel yang mensasarkan Sekolah Abu Oreiban yang dikendalikan oleh Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di kem pelarian Nuseirat, kata pejabat media kerajaan Gaza.

Menurut saksi kanak-kanak dan wanita menjadi antara mangsa.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button