PalestinSemasa

 Rakyat Palestin hadapi krisis kemanusiaan paling teruk:  Borrell dari EU

Ketua dasar luar EU, Josep Borrell menyifatkan krisis kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki sebagai lebih teruk daripada sebelumnya.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin NATO di Washington, Borrell menekankan keadaan yang semakin merosot di lapangan, menyebut keadaan itu “tidak boleh ditanggung.”

Komen Borrell datang pada ketika ketegangan memuncak dan kebimbangan antarabangsa terhadap tindakan kerajaan israel di Tebing Barat yang diduduki.

Dalam pada masa yang sama Netanyahu telah menuntut kawalan israel ke atas sempadan Gaza-Mesir

Dia menuntut agar israel mengekalkan kawalan wilayah utama Gaza di sepanjang sempadan dengan Mesir sebagai sebahagian daripada sebarang persetujuan untuk menangguhkan perang dengan Hamas.

Syarat itu bercanggah dengan pendirian Hamas bahawa israel mesti berundur dari semua wilayah Gaza selepas gencatan senjata.

Bercakap selepas kepulangan perunding israel daripada rundingan dengan pengantara di Qatar, Netanyahu berkata israel memerlukan kawalan untuk menghentikan senjata sampai Hamas dari Mesir – satu daripada empat syarat untuk perjanjian dengan kumpulan penentang Palestin. Beliau tidak menyatakan sama ada langkah itu akan kekal.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button