PalestinSemasa

Ketua Mossad ketuai pasukan israel dalam rundingan gencatan senjata Gaza 

Ketua Mossad, David Barnea berkemungkinan mengetuai pasukan perunding israel dalam gencatan senjata Gaza dan rundingan pertukaran tahanan dengan Hamas, kata penyiar awam KAN.

Saluran 12 israel sebelum ini melaporkan bahawa Netanyahu telah bersetuju untuk menghantar pasukan perunding untuk terlibat dalam rundingan gencatan senjata dengan Hamas.

Ia bagaimanapun, tidak memberikan sebarang butiran bila dan di mana pertukaran tebusan dan rundingan gencatan senjata akan berlaku.

Dr Degran cuba menavigasi kekurangan ubat-ubatan di hospital Gaza yang kini berada pada tahap akut.
Dalam berita berlainan penunjuk perasaan di Dublin mengecam kerjasama AS dalam apa yang mereka panggil “pembunuhan beramai-ramai israel” di Gaza.

Bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan AS 4 Julai, protes itu mensasarkan acara gala yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Amerika di sebuah hotel di ibu negara Ireland.

Gala itu dihadiri oleh Simon Harris, perdana menteri Ireland.

Dianjurkan oleh Kempen Solidariti Palestin Ireland, demonstrasi di luar hotel itu menyaksikan penunjuk perasaan membawa papan tanda dengan mesej seperti “Penjenayah Perang,” “Bebaskan Palestin,” dan “10 Kanak-kanak Kehilangan Kaki Setiap Hari.”

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button