Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata pihak berkuasa israel menyekat lebih separuh daripada 115 penghantaran bantuan kemanusiaan yang dirancang ke utara Gaza pada bulan Jun.
Bercakap pada sidang akhbar, jurucakap setiausaha agung, Stephane Dujarric, berkata hanya sedikit atau tiada langsung tempat perlindungan atau bekalan kritikal yang tersedia di kawasan di mana orang ramai dipindahkan secara paksa.
Bantuan yang melalui persimpangan Kerem Shalom (Karem Abu Salem) adalah “hampir mustahil” kerana keselamatan dan kekurangan bahan api, tambahnya.
Dujarric menyampaikan amaran oleh pekerja kemanusiaan, yang berkata: “Bom yang tidak meletup terus menimbulkan risiko besar kepada orang di seluruh Gaza.”
Dalam perkembangan yang lain, Netanyahu telah mengarahkan siasatan terhadap pembebasan pengarah hospital al-Shifa.
Perdana Menteri israel Benjamin Netanyahu mengarahkan siasatan terhadap pembebasan pengarah Hospital al-Shifa di Gaza.
Netanyahu menyifatkan pembebasan Dr. Mohammad Abu Salmiya sebagai “satu kesilapan teruk dan kegagalan,” menurut kenyataan pejabatnya.
SUMBER : TRT World