Serangan habis-habisan israel ke atas bandar Rafah di Gaza akan mencetuskan “anarki” tanpa menghapuskan Hamas, kata setiausaha negara AS, sambil bersetuju bahawa tentera israel telah membunuh lebih ramai orang awam daripada pejuang Hamas.
Ditanya CBS sama ada AS bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bahawa tentera israel telah membunuh lebih ramai orang awam daripada pejuang Hamas sejak perang bermula pada 7 Oktober, Blinken hanya menjawab, “Ya, kami akui.”
Beliau juga mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden telah mengawal bekalan senjata kepada israel – ketika AS terus mendesaknya untuk berbuat lebih banyak bagi melindungi orang awam dan mengelakkan pencerobohan habis-habisan ke atas Rafah – kekal terhad kepada 3,500 bom “berkapasiti tinggi”.
Blinken berkata, Amerika Syarikat terus mendesak pemimpin israel bagi menyediakan rancangan untuk Gaza sebaik sahaja perang berakhir.
“Kami juga tidak melihat rancangan untuk apa yang berlaku sehari selepas perang di Gaza ini berakhir,” katanya kepada NBC, sambil menambah, “Kami telah bercakap dengan mereka tentang cara yang lebih baik untuk mendapatkan keputusan kekal.”
Blinken berkata Hamas telah pun kembali ke kawasan tertentu di utara Gaza yang telah “dibebaskan” oleh israel.
Pencerobohan berskala penuh, katanya di CBS, boleh datang dengan pada kos yang sangat tinggi. Dan, tambahnya, israel akan terus menghadapi pemberontakan yang berkekalan.
SUMBER: AFP