PalestinSemasa

Doktor Palestin didera selama 45 hari semasa ditawan israel

Seorang doktor Palestin menceritakan bagaimana tentera Israel di Gaza menahannya di hospital dan menyebabkan dia didera selama 45 hari dalam tahanan, sebelum dibebaskan minggu lalu.

Doktor Said Abdulrahman Maarouf bekerja di hospital al Ahli Arab di Bandar Gaza apabila ia dikepung oleh tentera israel pada Disember.

“Seksaan sangat teruk di penjara Israel. Saya seorang doktor. Berat saya 87 kilogram. Ia turun, dalam 45 hari, lebih 25 kilogram. Saya hilang keseimbangan. Saya hilang fokus. Saya hilang semua perasaan,” katanya.

“Walau bagaimana pun anda menggambarkan penderitaan dan penghinaan di penjara, anda tidak akan dapat mengetahui realitinya melainkan anda menjalaninya,” tambahnya.

Dia menggambarkan tangannya diborgol, kakinya dibelenggu dan matanya ditutup selama hampir tujuh minggu dipenjara.

Dia disuruh tidur di tempat yang dilitupi batu kerikil tanpa tilam, bantal atau sarung dan dengan alunan muzik yang kuat.

Dia berkata disuruh tidur di atas batu kerikil adalah bahagian paling teruk dalam pengalamannya.

“Saya seorang pakar pediatrik yang bekerja selama 23 tahun dalam bidang ini. Saya tidak melakukan sebarang jenayah kemanusiaan. Senjata saya ialah pen, buku nota dan stetoskop. Saya tidak meninggalkan tempat itu. Saya sedang merawat kanak-kanak di dalam hospital,” katanya.

“Apabila kami dipanggil ke tempat kereta kebal itu, saya fikir kami akan berada di sana beberapa jam dan pergi. Saya fikir jika mereka membawa saya dan rakan sekerja saya, mereka akan melayan kami dengan baik kerana kami adalah doktor dan tidak melakukan sebarang jenayah,” katanya.

Kembali ke Gaza, dia bekerja semula di wad kanak-kanak, stetoskop di lehernya, bunyi tangisan bayi dan bisikan prihatin ibu bapa di sekelilingnya sekali lagi.

SUMBER: REUTERS

 

Related Articles

Back to top button