Mexico dan Chile telah menyatakan “kebimbangan yang semakin meningkat” terhadap “peningkatan keganasan” selepas beberapa bulan perang Israel ke atas Gaza, dan mahu merujuk perkara itu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung kemungkinan jenayah perang.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri Mexico berhujah bahawa ICC adalah tempat yang sesuai untuk pertanggungjawaban jenayah terhadap israel.”
“Tindakan Mexico dan Chile itu disebabkan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai peningkatan keganasan terkini, khususnya terhadap sasaran awam,” katanya.
Israel bukan ahli mahkamah yang berpangkalan di Hague dan tidak mengiktiraf bidang kuasanya. Tetapi pendakwa ICC telah menegaskan mahkamahnya mempunyai bidang kuasa ke atas potensi jenayah perang yang dilakukan oleh pejuang penentangan Hamas di Israel dan oleh Israel di Gaza.
Mexico memetik banyak laporan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperincikan banyak insiden yang boleh menjadi jenayah di bawah bidang kuasa ICC.”
Menteri Luar Chile Alberto van Klaveren memberitahu pemberita pada hari Khamis di Santiago bahawa negaranya “berminat untuk menyokong siasatan ke atas sebarang kemungkinan jenayah perang” di mana-mana sahaja ia berlaku.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI