PalestinSemasa

‘Pembunuhan beramai-ramai’: Angka kematian kanak-kanak Gaza melebihi 4,000 orang

Sekurang-kurangnya 4,008 kanak-kanak telah terbunuh dalam perang di Gaza daripada keseluruhan 9,770 korban, menurut kementerian kesihatan Palestin.

Pada petang Ahad, serangan udara Israel ke atas beberapa rumah berhampiran sebuah sekolah di kem pelarian Bureji di tengah Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang, menurut pegawai di Hospital Al-Aqsa.

Rakaman yang disahkan oleh Al Jazeera pada hari Ahad menunjukkan orang ramai mencari mangsa di bawah runtuhan rumah.

Ia merupakan kem pelarian ketiga yang diserang Israel dalam tempoh 24 jam yang lalu. Lebih 50 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan ke atas kem pelarian al-Maghazi dan Jabalia di Gaza.

‘Pembunuhan beramai-ramai’

Arafat Abu Mashaia, seorang penduduk kem al-Maghazi, berkata serangan udara Israel meratakan beberapa rumah bertingkat.

“Ia adalah pembunuhan beramai-ramai,” katanya ketika dia berdiri di atas serpihan rumah yang musnah. “Semua di sini adalah orang awam. Saya mencabar sesiapa sahaja yang mengatakan terdapat penentangan [pejuang] di sini.”

Saeed al-Nejma, 53, berkata dia sedang tidur bersama keluarganya ketika letupan melanda kawasan kejiranan. 

“Sepanjang malam, saya dan lelaki lain cuba mengutip mayat dari runtuhan. Kami keluarkan budak yang sudah seperti dikerat-kerat, dikoyak-koyak,” katanya.

Hani Mahmoud dari Al Jazeera, melaporkan dari Khan Younis, berkata terdapat “serangan sistematik” ke atas kem pelarian Gaza oleh tentera Israel.

“Serangan udara berulang kali ke atas kem pelarian di tengah dan selatan Gaza adalah sebab mengapa orang ramai tidak mengambil serius pengumuman Israel untuk menjamin koridor selamat bagi melakukan perjalanan ke selatan,” katanya.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1.5 juta orang kini kehilangan tempat tinggal di Gaza daripada 2.3 juta penduduk.

Serangan dan perpindahan berlaku ketika Setiausaha Negara AS Antony Blinken bertemu dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Tebing Barat yang dijajah pada hari Ahad.

Blinken mengesahkan pendirian Washington yang menggesa ” jeda kemanusiaan ” di Gaza untuk melindungi orang awam dan membenarkan warga asing keluar sambil “masih membolehkan Israel mencapai objektifnya” untuk mengalahkan Hamas.

Mesir dan Jordan menegur israel secara terbuka pada sidang akhbar pada hari Sabtu, dan menggesa gencatan senjata segera – mengulangi pendirian pemimpin lain di rantau itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sekali lagi menolak idea untuk Israel berkata ia mensasarkan pejuang dan aset Hamas.

SUMBER : AL JAZEERA DAN AGENSI BERITA

 

Related Articles

Back to top button