PalestinSemasa

Liga Arab selar pengepungan ke atas Gaza, tuntut bantuan untuk kawasan enklaf

Menteri luar Arab telah mengecam pengepungan Israel ke atas Gaza berikutan serangan mengejut oleh Hamas ke atas Israel, dan menuntut bantuan “segera” dibenarkan memasuki kawasan yang disekat itu.

Israel telah mengenakan “pengepungan sepenuhnya” ke atas Gaza, memotong bekalan air, makanan, elektrik dan bekalan penting lain, selepas serangan besar-besaran hari Sabtu oleh pejuang Hamas yang telah membunuh ratusan di kedua-dua belah pihak.

Pada hari Rabu, ketika Israel meneruskan pengebomannya di kawasan pinggir pantai yang sesak dan miskin untuk hari kelima, menteri luar Arab bertemu di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah.

Mereka menggesa penghantaran “segera” makanan, bahan api dan bantuan kemanusiaan kepada enklaf pantai yang miskin dan berpenduduk padat, dan menggesa Israel untuk mempertimbangkan semula “keputusan tidak adil untuk memotong bekalan elektrik dan air ke Gaza”.

Dalam masa yang sama China menyokong seruan PBB untuk koridor kemanusiaan Gaza dibuka.

China telah menyokong tuntutan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres untuk mewujudkan koridor kemanusiaan untuk membantu orang awam di Gaza ketika Israel melancarkan serangan tentera.

“Saya sangat menyokong rayuan @antonioguterres. Koridor kemanusiaan mesti disediakan segera untuk memberikan bantuan kepada semua yang memerlukan,” tulis Duta Besar China ke PBB Zhang Jun di X.

SUMBER : TRT World dan Agensi

 

Related Articles

Back to top button