
RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin, Dr Mohammad Shtayyeh pada Isnin mengadakan perbincangan dengan anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai cara memulihkan proses politik, peranan Washington dalam memelihara penyelesaian dua negara dan mengiktiraf negara Palestin.
Dr Mohammad Shtayyeh bertemu dengan 22 delegasi di bandar Ramallah, Tebing Barat diketuai pemimpin Demokrat, Hakeem Jeffries, Agensi Anadolu memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri Palestin.
Pada pertemuan itu, Dr Mohammad Shtayyeh menyeru Kongres AS untuk mengundi bagi pengiktirafan negara Palestin.
Beliau berkata israel melanggar undang-undang antarabangsa setiap hari menerusi pembunuhan, serangan dan membina penempatan haram, menegaskan bahawa ini menyebabkan kemusnahan sistematik penyelesaian dua negara.
Ramzi Fathi Hamed, 17, was shot by an Israeli settler when he was in a car near the settlement of Ofra. Medics said the youth died of a severe pulmonary attack while getting treatment at a Ramallah hospital after he was shot by two bullets in the chest and belly.
Video by: WAFA pic.twitter.com/oi25woWgdn
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) August 7, 2023
Beliau menyeru Kongres AS untuk memaksa israel supaya membenarkan pilihan raya Palestin merangkumi Baitulmaqdis, mengikut perjanjian yang ditandatangani.
Beliau juga menggesa delegasi kongres mendorong pindaan undang-undang dan peraturan yang menyasarkan Pihak Berkuasa Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan mengaitkannya dengan keganasan.
According to statistics, Israeli occupation has killed 40 Palestinian children since the beginning of this year.#breaking #freepalestine #palestine #gaza #news #breakingnews #children #humanrights #bds #israel #gazastrip #Crime #justiceforshireenabuakleh #justiceforshireen pic.twitter.com/AMUgUNP62j
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) August 7, 2023
Pada 7 Sept 2018, di bawah pimpinan bekas Presiden AS Donald Trump, AS memutuskan untuk mengurangkan lebih AS$20 juta bantuan kepada hospital yang merawat rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur dan menutup pejabat PLO di Washington, D.C. pada 10 Sept.
Pentadbiran Presiden Joe Biden, sebaliknya, berjanji untuk membuka semula Konsulat AS di Baitulmaqdis Timur dan pejabat PLO di Washington serta meneruskan semula bantuan kepada Palestin.
BACA JUGA
Pendatang yahudi bersama tentera israel ceroboh Et-Tevane