RIYADH: Dunia Islam hari ini menyambut tahun baharu 1445 Hijrah, dalam masa sama pekerja di Masjidil Haram memulakan proses menggantikan kain Kaabah (Kiswah).
Pasukan khas dari Pentadbiran Am Kompleks Raja Abdulaziz ditugaskan untuk menurunkan Kiswah lama dan memasang dengan yang baharu.
The arrival of the Kiswah in the Mataaf! pic.twitter.com/wqDL4hkOMs
— The Holy Mosques (@theholymosques) July 18, 2023
Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120 kg benang emas, dan 100 kg benang perak.
Ia yang berwarna hitam dan ditenun dengan benang emas menutupi bahagian luar Kaabah.
Lebih 100 pekerja mahir terbabit dalam pembuatan Kiswah untuk menghasilkan 56 keping Kiswah sulaman tangan, dan setiap keping mengambil tempoh antara 60 hingga 120 hari untuk menyulam.
Sebanyak 120 kg benang emas dan 100 kg perak digunakan dalam proses itu.
#kiswahchangingceremony1445#kiswahchangingceremony2023 pic.twitter.com/V9ch5qnux2
— The Holy Mosques (@theholymosques) July 18, 2023
BACA JUGA
Agong raikan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan & Antarabangsa 1445H/ 2023M