PalestinSemasa

Kanak-kanak Palestin ditembak ketika mahu menderma darah

JENIN: Tersebar sebuah rakaman CCTV menunjukkan detik seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 16 tahun ditembak mati dan dibunuh oleh penembak tepat israel semasa operasi tentera rejim minggu lalu.

Video itu sekaligus menafikan dakwaan israel bahawa hanya pejuang militan terbunuh dalam serangan di kem pelarian Jenin.

Abdulrahman Hasan Ahmad Hardan terbunuh ketika dia berdiri di hadapan Hospital al-Amal, yang berpangkalan di luar kem untuk menderma darah.

Dalam video CCTV itu, Abdulrahman  kelihatan dengan tangan kosong, sambil melihat ke jalan kemudian rebah ke tanah selepas ditembak oleh penembak tepat israel.

Ibu Abdulrahman, Kifaya Hardan mengatakan bahawa anaknya dibunuh dengan kejam dan dituduh mengambil bahagian dalam konfrontasi bersenjata padahal dia hanyalah seorang kanak-kanak.

Kifaya Hardan menunjukkan kad pengenalan anaknya Abdulrahman Hasan Ahmad Hardan. Kredit foto: Twitter @JuliaSaidd

“Anak saya belum pun berusia 17 tahun,” katanya.

Menurut The Times, Kifaya berkata Abdulrahman telah menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke hospital bagi menderma darah.

“Saya tidak  menyangka dia akan berada dalam bahaya kerana operasi itu terjadi di kem pelarian, dan hospital itu tidak berada dalam kawasan itu“.

Dia budak biasa, dia bukan pengganas seperti yang mereka katakan,” katanya.

Sebelum rakaman CCTV itu disebarkan, pengganas israel cuba mendakwa kanak-kanak lelaki itu kononya membawa senjata automatik apabila dia ditembak mati kemudian berdiam diri setelah rakaman itu tersebar.

Tentera israel juga mendakwa kononya kesemua 12 rakyat Palestin yang terbunuh semasa operasi itu adalah pejuang padahal 4 daripada 12 yang terbunuh adalah di bawah umur 18 tahun.

BACA JUGA
PBB perlu berbuat lebih banyak, israel mesti dipertanggungjawabkan

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button