DuniaSemasa

Arab Saudi guna kad pintar, robot dan AI untuk kemudahan jemaah Haji

JEDDAH: Presiden Penguasa Data dan Kepintaran Buatan Saudi, Abdullah bin Sharaf Al-Ghamdi mengeluarkan kenyataan kepada Agensi Akhbar Saudi baru-baru ini mengenai penggunaan teknologi termaju kerajaan termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi ibadah haji tahun ini.

Kad pintar, robot dan kecerdasan buatan (AI) merupakan antara transformasi yang digunakan Arab Saudi bagi memudahkan lebih 3 juta jemaah pada musim Haji 1444H/2023M kali ini.

Kredit foto arkib Saudigazette

Perkembangan itu turut dikongsikan Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Sheikh Abdullatif al-Asheikh, yang turut menyatakan, musim Haji mengalami perubahan setiap tahun sejak zaman Rasulullah sehingga kini.

Tambah beliau, pada tahun ini misalnya, terdapat robot yang menggantikan manusia untuk menjawab semua persoalan agama daripada jemaah Haji.

Pada masa sama, 200 talian telefon disediakan dalam lebih 70 bahasa.

Sheikh Abdullatif al-Asheikh, Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi

“Kami mempunyai pelbagai kaedah. Kami berusaha dalam semua segi, sama ada sumber manusia atau teknologi. Melalui penggunaan komputer dan peranti pintar, kami membantu prosedur dan membuatkannya jadi lebih mudah“.

“Terdapat juga robot yang menjawab soalan-soalan jemaah haji mengenai agama,” kata Abdullatif.

Khutbah Arafah berbahasa Arab bagi musim Haji tahun ini juga akan disiarkan secara langsung dalam 20 bahasa, termasuk enam bahasa baharu yang ditampilkan iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman, Filipina, Itali dan Bosnia.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button