InspirasiSemasa

Kurang 2 bulan sudah mampu hafaz senaskah Al-Quran!

Gadis 16 tahun akui berdepan pelbagai cabaran

GARUT : Sekali lagi umat Islam diserikan dengan kehadiran seorang hafizah dari Garut, Jawa Barat yang memiliki kebolehan menghafal Al-Quran kurang dari tempoh dua bulan.

Penyertaan Imelda Fitriani, 16, ke kelas khas yang memfokuskan pembelajaran dan penghafalan Al-Quran membuahkan hasil dengan berjaya menghafal 30 Juzuk kitab suci dalam jangka masa singkat.

Menurut Imelda, pelbagai persiapan dilakukan sebelum memutuskan untuk menghadiri kelas khas tersebut. Beliau turut berkongsi amalan yang dilakukan agar urusan hafazannya berjalan dengan lancar iaitu dengan memperbertulkan niat.

Seperti yang kita sedia maklum, niat merupakan tonggak pada setiap amalan yang kita lakukan. Setiap tindak tanduk seseorang individu itu dinilai melalui niat. Daripada Umar bin al-Khattab RA, Nabi S.A.W bersabda :

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. [Riwayat al-Bukhari (1)].

Hadis di atas jelas menerangkan dengan adanya penepatan niat, sekaligus dapat menentukan tujuan amalan yang dilakukan.

Tambah gadis berusia 16 tahun ini, sepanjang sesi hafalan Al-Quran, beliau langsung tidak menyertai apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pondok.

Hal ini kerana, untuk mendapatkan konsistensi dan fokus, beliau tidak dapat menjalani sebarang aktiviti selain kelas khas itu.

Sementara itu, difahamkan pelajar kelas 10 Sekolah Menengah Atas (SMA) , juga tidak wajib mengikuti aktiviti pondok.

Imelda turut mengakui dalam proses menghafal kitab suci Al-Quran, beliau berdepan pelbagai cabaran dan godaan. Walaubagaimanapun, itu tidak menjadikan Imelda hilang semangat untuk meneruskan niat yang tersemat di dalam hatinya.

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button