Semasa

Malaysia ambil langkah proaktif tangani islamofobia – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang semakin membarah di negara luar, demikian disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menyingkap soal fahaman agama yang melampau, tentunya ini berpangkal pada soal pendidikan, dan bagaimana masyarakat kita dididik dan diasuh.”

“Sering diingatkan bahawa sayugia kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. Justeru penting untuk diketengahkan faham yang lebih sederhana, serta membudayakan Adab al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan,” tulisnya menerusi catatan di Facebook rasmi semalam.

Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merayakan kehadiran ulama terkenal Zimbabwe, Dr Mufti Ismail Menk, Syeikh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Serikat, dan Syeikh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia di Putrajaya.

“Saya terharu dengan rasa senang dan nyaman Mufti Menk dan rombongannya sepanjang keberadaan mereka di Malaysia. Beliau berhasrat untuk kembali dengan lebih kerap ke sini.”

“Saya nyatakan bahawa pintu kita sentiasa terbuka dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat dari Allah SWT,” katanya.

 

Related Articles

Back to top button