PalestinSemasa

#israelBiadap serang Masjid Al-Aqsa malam kedua berturut-turut

BAITULMAQDIS: Polis israel sekali lagi menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi untuk malam kedua berturut-turut dan menyerang jemaah muslim di tapak berkenaan.

Saksi memberitahu agensi media Anadolu bahawa polis israel menyerbu Balai Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas solat tarawih dengan melepaskan bom tangan secara mengejut dan memukul jemaah.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di Baitulmaqdis berkata pasukan perubatannya di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa merawat 6 rakyat Palestin, dua daripadanya dipindahkan ke hospital.

Media israel Yedioth Ahronoth berbohong dengan melaporkan kononnya jemaah membaling batu dan bunga api ke arah zionis.

Awal Rabu, polis israel menyerang penduduk Palestin di dalam Dewan Solat Al-Qibli dan menahan sekitar 400 jemaah dari dalam masjid.

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, polis israel mula membebaskan tahanan dengan syarat mereka dipindahkan dari Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Baitulmaqdis selama seminggu.

MyAqsa Defenders melalui kenyataan media memaklumkan, episod keganasan kali ini berkait rapat dengan perayaan Paskah (passover) disambut oleh israel yang dijadualkan bermula pada 5 April serta akan berlangsung selama 7 hari dan satu perarakan akan berlangsung di sekitar Masjid Al-Aqsa.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button