IDLIB: Beribu-ribu rakyat Syria berkumpul di Idlib yang dikuasai pembangkang pada Rabu bagi menandakan ulang tahun ke-12 revolusi bermulanya pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad dan rejimnya.
Perhimpunan di kota Idlib itu adalah yang terbesar dalam beberapa tahun ini. Kawasan bandar ini adalah yang terakhir masih di bawah kawalan pembangkang di Syria.
Menurut laporan wartawan Syria, Mhamad Alkasem, melalui perhimpunan ini rakyat Syria menuntut pembebasan serta mengesahkan bahawa tidak boleh ada perdamaian dengan penjenayah perang.
The 12th anniversary of the great Syrian Revolution in Idlib city#Syria #Idlib #revolution #victory #glory pic.twitter.com/lWHXTjutGW
— Mhamad Alkasem (@mhamadkb112) March 15, 2023
Ketika konflik Syria memasuki tahun ke-13, Presiden Bashar al-Assad menjalinkan hubungan dengan banyak negara teluk Arab yang kaya dengan sumber minyak bagi merapatkan kembali hubungan selepas hampir sedekad diketepikan di peringkat antarabangsa.
Konflik Syria telah membunuh lebih 500,000 rakyatnya dan kehilangan separuh daripada 23 juta jumlah penduduk sebelum perang negara.
Malah, seramai 5 juta rakyat Syria meninggalkan negara itu untuk menjadi pelarian, kebanyakannya di negara jiran.
Huge crowds massing in #Idlib today to celebrate the 12th anniversary of the Syrian revolution #Syria pic.twitter.com/wHv1GTTTnn
— ETANA (@ETANA_Syria) March 15, 2023
Bencana gempa bumi pada 6 Februari yang melanda Turkiye dan Syria telah mengorbankan lebih 50,000 orang, termasuk kira-kira 6,000 di Syria, memburukkan lagi kemusnahan akibat konflik Syria selama 12 tahun.
Tetapi ia juga dilihat telah membuka pintu diplomasi untuk Assad.
Gempa bumi dan hubungan rapat baru-baru ini antara kuasa besar serantau Iran dan Arab Saudi, yang sejak 2011 telah menyokong kumpulan saingan dalam konflik Syria dilihat telah membantu Assad kembali ke dalam kelompok antarabangsa.
Qamar today on the 12 year anniversary of the Syrian Noble revolution in free Idlib 💚 #syrianrevolution #الثورة_السورية_مستمرة pic.twitter.com/TDPKRWTxYg
— Syrian Emergency Task Force (@syrianetf) March 15, 2023
TONTON JUGA
Gempa di Syria: Rakyat menyelamat mangsa dalam serba kekurangan
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia