DuniaSemasa

Seorang bayi kembali sihat selepas terjatuh dari tingkat lima semasa gempa

ADANA : Doktor di Turkiye merawat seorang bayi berusia lapan bulan, yang terjatuh dari tingkat lima pangsapuri semasa gempa besar minggu lalu di wilayah selatan negara itu.

Birce Fansa jatuh dari tingkat lima bangunan itu dengan buaiannya semasa gempa bumi di daerah Antakya di Hatay.

Ibu bapanya, Nilay serta Cengiz, diselamatkan dari runtuhan bangunan masing-masing 13 jam dan 33 jam selepas gempa, manakala adik-beradiknya Alin dan Nil tidak dapat diselamatkan.

Orang ramai menyedari bayi itu setelah mendengar tangisannya. Dia kemudian dibawa ke Hospital Adana City dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan yang segera.

Dr Nursah Keskin, yang merawat bayi itu di hospital, memberitahu  bahawa Birce merupakan seorang bayi yang sangat bertuah kerana terselamat dari gempa yang buat itu.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button