JABLEH : Lebih lima juta rakyat Syria mungkin kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi dahsyat Isnin lalu yang melanda negara itu dan jirannya Turkiye, menurut seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Sebanyak 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi,” kata Sivanka Dhanapala, wakil Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) Syria pada Jumaat.
“Itu adalah jumlah yang besar dan datang kepada populasi yang sudah mengalami perpindahan besar-besaran.”
Eyes scan the horizon, hearts yearn for relief, and hope hangs by a fragile strand. The search for survivors and recovery of victims from under the rubble in Jindires on February 7th.#Syria #earthquake pic.twitter.com/ZaWY3ZT9Mx
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) February 11, 2023
“Bagi Syria, ini adalah krisis dalam krisis,” tambahnya, “Kami mengalami kejutan ekonomi, COVID dan kini berada pada musim sejuk, dengan ribut salji melanda kawasan yang terjejas.”
Mangsa yang terselamat daripada gempa bumi berukuran 7.8 dan 7.6 magnitud telah berpusu-pusu ke kem-kem yang disediakan untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat peperangan selama hampir 12 tahun dari bahagian lain di Syria.
Her baby sister sacrificed herself… Incredible moments to save a baby alive who was in the lap of her sister.
The city of Jandiris in the countryside of Afrin, north of #Aleppo, at dawn on Monday, Feb 6, after the violent #earthquake that hit northwestern regions of #Syria. pic.twitter.com/awLgP6Jlsp— The White Helmets (@SyriaCivilDef) February 11, 2023
Kira-kira 25,000 orang telah terkorban di seluruh Turkiye dan Syria kerana gempa itu serta lebih 3,300 daripada mereka merupakan penduduk Syria.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia