DuniaSemasa

WHO: Angka korban gempa Turkiye-Syria boleh meningkat 8 kali ganda!

GENEVA: Angka korban gempa bumi di Turkiye dan Syria boleh meningkat sehingga 8 kali ganda serta mencecah kepada lebih 20,000 mangsa.

Menurut pegawai kecemasan kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Catherine Smallwood, kemungkinan ini dilihat berdasarkan pemerhatian agensi dalam kes-kes terdahulu melibatkan kejadian bencana gempa.

“Terdapat kemungkinan berlaku runtuhan berterusan, jadi kami sering melihat kebarangkalian lapan kali ganda peningkatan pada angka awal.”

“Kami sentiasa melihat perkara yang sama melibatkan gempa bumi, iaitu laporan awal jumlah mangsa yang meninggal dunia atau cedera meningkat dengan ketara pada minggu berikutnya,” kata Smallwood.

Angka kematian akibat gempa bumi sekuat 7.8 magnitud itu telah mencecah lebih 4,372 orang terbunuh dan beribu-ribu cedera.

Jumlah korban Turki meningkat kepada 2,921 setakat pagi Selasa, menurut Yunus Sezer, ketua perkhidmatan bencana Turki.

Di Syria pula, 1,451 kematian dan 3,531 kecederaan telah dilaporkan.

BACA JUGA
Pemimpin dunia segera bantu keperluan kecemasan Turki & Syria

 

Related Articles

Back to top button