DuniaSemasa

Gempa 7.8 magnitud melanda Turkiye, 111 dilaporkan maut

Syria turut terkesan

KAHRAMANMARAS: Setakat ini 111 mangsa maut dan kira-kira 516 lagi dilaporkan cedera dalam gempa bumi besar berukuran 7.8 magnitud yang melanda tenggara Turkiye beberapa jam lalu yang turut meranapkan puluhan bangunan.

Walaubagaimanapun, angka kematian dan kecederaan dijangka akan terus meningkat berikutan kerja-kerja mencari serta menyelamat masih sedang giat dilakukan ketika ini.

Gempa bumi yang berpusat di Kahramanmaras itu berlaku pada pukul 4:17 pagi waktu tempatan (9:17 pagi waktu Malaysia) dan pada kedalaman 7 kilometer.

Turut terkesan daripada gempa bumi terburuk dalam sejarah itu adalah negara jiran, Syria.

Media rasmi Syria turut melaporkan sekurang-kurangnya 42 mangsa maut dalam gempa bumi yang turut berlaku di negara itu.

Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu adalah antara yang paling kuat melanda Turki dalam tempoh lebih 100 tahun dan menghantar gegaran di seluruh wilayah yang menyebabkan bangunan runtuh.

Kata pegawai tempatan, jumlah korban turut meningkat kerana banyak bangunan musnah.

Pusat perkhidmatan kecemasan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) Turki sebelum itu meletakkan magnitud gempa pertama pada 7.4.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam ciapan Twitter mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terjejas akibat gempa bumi berkenaan.

Tweet rasmi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan

“Kita berharap agar dapat melalui bencana ini bersama-sama secepat mungkin dan dengan kerosakan yang minima. Bantuan pasca bencana akan terus diusahakan,” tambah Erdogan.

BACA JUGA
12 tahun Syria kekal terperangkap & berpecah belah

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button