PalestinSemasa

Januari permulaan tahun yang duka bagi Palestin

TEBING BARAT: Januari telah menjadi permulaan tahun dan bulan paling berdarah bagi rakyat Palestin di Tebing Barat sejak 2015.

Sejak awal tahun 2023 ini, zionis israel tidak pernah berhenti menyerang, membunuh dan mengganggu penduduk Palestin yang tidak bersalah di kawasan perumahan mereka sendiri.

Beberapa rumah telah dirobohkan dengan alasan rumah tersebut didirikan tanpa lesen dan permit.

Kerajaan baharu israel, telah mencetuskan kebimbangan bagi rakyat Palestin yang hidup di bawah pendudukan tentera haram israel di Tebing Barat.

Kerajaan baharu itu termasuk Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan Bezalel Smotrich, yang lantang mengenai hasrat mereka untuk meluaskan lagi penempatan haram di Tebing Barat iaitu tanah Palestin, serta mendorong kepada keganasan terhadap rakyat Palestin.

Lebih 35 orang rakyat Palestin terkorban di tangan zionis israel termasuk wanita dan juga kanak-kanak pada awal tahun ini.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button