KABUL: Lebih 162 orang maut akibat kesejukan di Afghanistan bulan ini semasa musim sejuk terburuk melanda negara itu dalam tempoh lebih sedekad.
Rakyat Afghanistan menyifatkan mereka tidak mampu untuk membeli bahan api bagi memanaskan rumah ketika suhu di bawah paras beku.
Menurut Menteri Pengurusan Bencana Afghanistan, Shafiullah Rahimi, 162 orang maut sejak 10 Januari lalu hingga sekarang dan kira-kira 84 kematian berlaku pada minggu lalu.
Musim sejuk kali ini disifatkan yang terburuk dalam tempoh 15 tahun apabila suhu merosot serendah negatif 34 darjah Celsius.
Ini ditambah dengan Afghanistan dilanda krisis ekonomi yang teruk.
Extreme cold weather kills more than 160 people in Afghanistan as the country witnesses its worst winter in over a decade pic.twitter.com/YAMqKuIGVV
— TRT World Now (@TRTWorldNow) January 27, 2023
Banyak kumpulan bantuan telah menggantung sebahagian operasi dalam beberapa minggu kebelakangan ini kerana pentadbiran Taliban memutuskan pekerja NGO wanita tidak dibenarkan bekerja yang menyebabkan agensi tidak dapat mengendalikan banyak program di negara Asia Selatan itu.
Di padang bersalji di barat ibu kota Afghanistan, kanak-kanak menyelongkar sampah mencari plastik untuk dibakar bagi membantu keluarga mereka yang tidak mampu membeli kayu atau arang batu.
Semasa lawatan ke Kabul minggu ini, Ketua Bantuan (PBB), Martin Griffiths berkata, badan dunia itu memohon pengecualian larangan ke atas kebanyakan pekerja bantuan wanita untuk menghadapi musim sejuk.
“The children wake up from the cold and cry at night until the morning.”
More than 160 people have died from a cold wave in Afghanistan this month in the worst winter in more than a decade — in pictures https://t.co/OiYBbYKKNx pic.twitter.com/Xj3CEefF8B
— Al Jazeera English (@AJEnglish) January 26, 2023