InspirasiSemasa

Malaysia Madani angkat semula martabat negara

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan Malaysia Madani sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Madani itu diacu berteraskan 6 rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Berucap menyampaikan amanat Membangun Malaysia Madani di Putrajaya hari ini, beliau menyeru semua pihak khususnya barisan Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam supaya menerapkan Madani dalam urusan pentadbiran.

Saya menaruh keyakinan tinggi Malaysia berupaya diangkat semula di persada (dunia), kita tidak mahu Malaysia tercemar dengan skandal permasalahan dan pertelingkahan.

“Negara Madani angkat martabat negara untuk harus dikenali dan dihormati sebagai negara makmur… tunjuk kekuatan itu,” tegasnya.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, agenda dasar kerangka Madani bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah dan memenuhi keperluan semasa negara, tetapi turut menyentuh mengenai pencorakan masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

Madani disasarkan untuk dijadikan dasar bagi setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh 8 keperluan meliputi ekonomi dan kewangan; perundangan; institusi; pendidikan; kemasyarakatan; budaya; bandar dan luar bandar.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button