Covid19KemanusiaanRohingyaSemasa

Agensi Wakaf Turki beri kepercayaan kepada MAPIM

MAPIM & TDV agih bantuan makanan buat Rohingya

KAJANG 19 April : Bulan Ramadan akhirnya tiba, seluruh umat Islam menyambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan dalam menjalani rukun Islam yang ke-3 iaitu menunaikan ibadah puasa.

Namun, tanpa disedari terdapat golongan yang hidup dalam kesempitan dari segi bekalan makanan mahupun kewangan lebih-lebih lagi dalam menempuh kehidupan selepas dilanda pandemik Covid-19, termasuklah golongan pelarian.

Penerima bantuan mendaftarkan diri

Atas rasa keprihatinan itu, agensi wakaf Turki, Turkiye Diyanet Vakfi (TDV)  memberikan kepercayaan kepada Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk menyempurnakan program Bantuan Ramadan kepada 600 penghuni komuniti Rohingya di Kedah dan Selangor.

Melalui penyelarasan pihak MAPIM empat lokasi agihan dikenal pasti iaitu komuniti Rohingya, di Kajang, Seri Kembangan, serti di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah.

Di Kedah, aktivis menyerahkan sejumlah 350 kotak yang kemudiannya diedarkan kepada komuniti Rohingya di Sungai Petani dan Kuala Kedah. MAPIM diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Mejar Zulhanis Zainol menyelaras agihan kepada pelarian Rohingya yang telah disenaraikan.R

Menurut Mejar Zulhanis, Ramadan Programme ini  adalah program tahunan TDV dengan kerjasama MAPIM demi menyantuni pelarian Rohingya yang hidup dalam kesusahan.

Mejar Zulhanis Zainol menyantuni masyarakat di Kedah

Kerjasama TDV dan MAPIM telah terjalin selama tujuh tahun. Selain pengagihan sumbangan pada bulan Ramadan, program korban juga dijalankan bersama-sama agensi wakaf turki itu dengan mengagihkan daging lembu yang disembelih kepada golongan fakir miskin,” – Setiausaha Agung MAPIM / Mejar Zulhanis Zainol

Memetik Anadolu Agency, Duta Turki di Malaysia , Merve Safa Kavakci, meluahkan rasa berpuas hati dengan bantuan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan dengan kerjasama TDV dan MAPIM. Sebelas bulan berlalu dan kini tiba Ramadan bulan yang mulia menyatukan sesama umat Islam.

Turkey in Kuala Lumpur Ambassador Merve Safa Kavakci the “11-month sultan and solidarity month of Ramadan in Turkey’s compassion and mercy hand will reach all over the world. Today, beyond thousands of kilometers from our country, it reached Malaysia.” found in the description.

Kedutaan Turki – Merve Safa Kavakci

“Beribu-ribu batu jauhnya tetapi bantuan tetap sampai ke negara. Sebagai Kedutaan Turki, kami berasa gembira dengan majlis bantuan amal ini di antara TDV dan MAPIM. Kami  dapat menyaksikan sekali lagi keberkatan, kebaikan dan kecintaan yang ditunjukkan terhadap negara kami dan negara Malaysia,” Duta Turki / Merve Safa Kavakci.

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, garam, tepung gandum, kacang kuda putih, sardin, cili kering dan kacang dhal.

Kandungan kotak bantuan yang diterima oleh asnaf Rohingya

Seawal jam 8:00 pagi komuniti itu telah berbaris untuk mendapatkan nombor giliran dan mematuhi SOP ketika proses agihan. Sebahagian daripada mereka datang dengan keluarga dan anak-anak manakala ada juga yang datang sendirian.

Rata-rata pelarian yang ditemui menyatakan kesyukuran di atas penerima barangan asas makanan itu.

Kanak-kanak turut hadir dalam Program Agihan Bantuan

Program Bantuan Ramadan ini diadakan secara serentak di lokasi yang berbeza.  Di Kajang, MAPIM menyantuni komuniti Rohingya di  Taman Mesra, Kajang Selangor. Seramai 130 keluarga asnaf Rohingya disantuni.

Turut hadir adalah wakil dari Kedutaan Turki di Malaysia sebagai tanda sokongan program ini yang mampu mengukir senyuman kepada saudara sesama Islam menyambut Ramadan tahun ini.

Aktivis MAPIM, Ilham Azmi yang ditemui agensi media Turki, berkata progam ini dapat menceriakan suasana Ramadan buat pelarian terbabit dan merasai nikmat Ramadan seperti saudara sesama Islam di seluruh dunia yang lain.

Aktivis MAPIM – Ilham Azmi

“Kami mengucapkan tahniah kepada pihak Turki dan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membantu. Kami merancang untuk meneruskan banyak lagi aktiviti bersama pada tahun-tahun akan datang bersama TDV yang telah bekerjasama sejak tahun 2013,” – Aktivis MAPIM / Ilham Azmi

Program bantuan makanan pada Ramadan itu turut diadakan serentak di sebuah lagi perkampungan Pelarian Rohingya di Seri Kembangan, Selangor.

Hidayat Abdullah menyampaikan kotak bantuan makanan
Hidayat Abdullah menyantuni asnaf Rohingya

Eliyas Mohamad Ismail,  merupakan  salah seorang pelarian Rohingya yang lebih 10 tahun terpaksa menumpang di negara orang. Beliau menyatakan perasaan penuh kesyukuran kepada UMMAHToday selepas menerima bantuan berkenaan. Tambahnya, yang mengambil upah sebagai pemotong rumput dan menyara tiga orang anak, barangan asas yang diterima itu sedikit sebanyak membantu perbelanjaannya di sepanjang Ramadan kali ini.

Eliyas Mohamad Ismail

“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kerana sudi menghulurkan pertolongan kepada kami, semoga mereka semua diberkati Allah dan Dia sahaja yang dapat membalasnya,” – Eliyas Mohamad Ismail

Bagi Ummu Kalsum Abdul Rahman, dia gembira mendapat bantuan seperti itu yang pertama kali buat dirinya.  Selain Ummu, seorang lagi penerima iaitu seorang warga emas wanita, yang masih memiliki kudrat untuk menjaga cucunya, teruja dengan bantuan daripada TDV, yang masih memikirkan untuk membantu golongan pelarian yang berada di negeri orang.

Ummu Kalsum Abdul Rahman

Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat, sekarang hidup susah, nak makan pun kadang-kadang barang dapur tak cukup. Sebelum ni, tak pernah lagi dapat bantuan dari mana-mana. Terima kasih sangat-sangat,” – Ummu Kalsum Abdul Rahman

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button