ROM: Kenaikan harga tenaga dan baja yang berpunca daripada konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine menyebabkan peningkatan sebanyak 14.3% ke atas harga makanan global pada 2022 berbanding tahun sebelumnya, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FOA), lapor media Xinhua.
Pada 2022, subindeks agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan harga bijirin menokok 17.9% daripada 2021, harga minyak sayuran meningkat 13.9%, tenusu (19.6 %), daging (10.4 %) dan gula (4.7 %).
The prices of fuel, fertilizers and food are putting the world’s most vulnerable at the highest risk.
We need urgent and coordinated action to prevent last year’s affordability crisis from becoming this year’s food availability crisis. #FoodCrisis pic.twitter.com/fbHx2oeYtx
— World Food Programme (@WFP) January 5, 2023
Penurunan pada Disember sebahagian besarnya didorong oleh penyesuaian fungsi pasaran dengan gangguan pengedaran, peningkatan harga pengangkutan dan penurunan tahap permintaan yang berpunca daripada pertumbuhan lembab ekonomi global.
Harga bijian dan bijirin menunjukkan 1.9 % lebih rendah, harga daging 1.2 % lebih rendah, harga minyak sayuran menyusut 6.7 %, harga tenusu 1.1 % lebih tinggi dan harga gula 2.4 % lebih tinggi untuk bulan ke bulan pada Disember.
FAO sebelum ini berulang kali memberi amaran bahawa kenaikan harga makanan mengancam keselamatan makanan global terutamanya di negara miskin.
Situation in #Balochistan, people fighting for bag of flour…
According to pak studies, we r at no 7 in wheat production… food crisis #Pakistan pic.twitter.com/mBbMYJGLRK— Fakhar Yousafzai (@fakharzai7) January 6, 2023
“Adalah penting untuk terus berwaspada dan mengekalkan fokus untuk mengurangkan ketakjaminan makanan makanan global memandangkan harga makanan dunia kekal pada paras tinggi dengan banyak makanan ruji menghampiri rekod tertinggi. Harga beras meningkat dan masih banyak risiko yang berkaitan dengan bekalan masa depan,” kata Ketua Pakar Ekonomi FAO Maximo Torero dalam satu kenyataan.
Indeks Harga Makanan adalah berdasarkan harga seluruh dunia untuk 23 kategori komoditi makanan meliputi harga untuk 73 produk berbeza berbanding tahun asas. Indeks FAO seterusnya dijadualkan dikeluarkan pada 3 Feb 2023.