PendidikanSemasa

Duit haram punca kencing manis? Jangan tuduh tapi bermuhasabah

Namun individu yang terlibat rasuah, wajib bertaubat dan kembali kepada Allah SWT

PETALING JAYA: Pendakwah & penceramah inspirasi, Ustaz Elyas Ismail tampil memberi pencerahan dan dakwaan mengarut yang dikeluarkan oleh para ustaz dan ustazah media sosial kebelakangan ini.

Jelasnya, individu-individu yang memegang gelaran ustaz dan ustazah yang tidak diketahui latar belakang pendidikannya telah sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

“Latar belakang pendidikan tidak diketahui tetapi bertindak sesuka hati mengeluarkan fatwa halal dan haram serta menjatuhkan hukuman neraka kepada golongan itu dan ini.”

Ujarnya lagi, Allah SWT juga menyebutkan dalam Al-Quran, ‘jangan engkau menyebut dengan lidahmu secara bohong, ini halal, ini haram untuk mengada-ngadakan kebohongan terhadap Allah’ (Surah An-Nahl ayat 1-116).

“Sesungguhnya, Allah sudah mengajarkan kepada kita agar jangan sesuka hati menjatuhkan hukuman halal dan haram,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar sentiasa berhati-hati memilih guru dan menasihatkan agar mencari guru yang benar-benar berilmu.

“Apabila hendak mencari guru, carilah guru yang benar-benar berilmu dengan ilmu yang benar kerana itu merupakan benda yang penting. Jika tidak, maka perkara-perkara seperti itu (tindakan memandai) yang akan berlaku.”

“Berkemungkinan seseorang yang kena penyakit, wabak, insiden mahupun kemalangan boleh jadi Allah SWT ingin mengangkat darjat mereka. Cukuplah kita berfahaman begitu, atau mungkin kafarah dimana cara Allah SWT untuk menghapuskan dosa-dosa,” jelas beliau dalam sesi live kuliah Dhuha pada facebook rasminya.

Namun begitu, beliau turut mengingatkan individu yang terlibat rasuah, wajib bertaubat dan kembali kepada Allah SWT.

BACA JUGA
Tiga lagi pemuda jadi mangsa kezaliman tentera israel

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button