SYRIA: Wabak taun telah merebak di Syria dan ini menambah kesengsaraan baharu kepada penderitaan rakyat Syria.
Kes taun pertama disahkan di daerah Jarablus di Wilayah Aleppo pada 19 September, manakala sejumlah 35,000 kes kolera yang disyaki telah dilaporkan di Syria.
Wabak taun baru-baru ini tercetus akibat telaga air yang tercemar di rantau itu adalah satu lagi peringatan tentang betapa pentingnya untuk terus menyokong dan mengekalkan infrastruktur.
More than 35,000 suspected #cholera cases have been reported in #Syria. NGOs call for an urgent scale-up in support as needs rise to their highest levels since the start of the #crisis.https://t.co/xZsPNW6rSH
📸 UNICEF/Akacha pic.twitter.com/BY0U1CsNVT— ReliefWeb (@reliefweb) November 30, 2022
Taun atau kolera adalah jangkitan cirit-birit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan bakteria Vibrio cholerae. Kolera kekal sebagai ancaman global kepada kesihatan awam dan penunjuk ketidaksamaan dan kekurangan pembangunan sosial.
Taun adalah penyakit yang sangat merbahaya yang boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk. Ia mengambil masa antara 12 jam dan 5 hari untuk seseorang menunjukkan gejala selepas menelan makanan atau minum air yang tercemar. Kolera menjejaskan kanak-kanak dan orang dewasa serta boleh membunuh dalam beberapa jam jika tidak dirawat.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pendekatan pelbagai aspek adalah kunci untuk mengawal taun, dan mengurangkan kematian. Gabungan pengawasan, air, sanitasi ,kebersihan, rawatan, dan vaksin kolera oral digunakan dapat membantu dalam pencegahan wabak taun ini.
With the continued spread of #cholera in NW #Syria, our teams continue awareness campaigns in health, prevention methods, and treatment to ensure safety for all civilians and prevent further spread of the disease. pic.twitter.com/Mz6u8EzGl0
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) November 29, 2022
Terdapat pelbagai cara dan pengawasan yang boleh digunakan bagi mencegah taun daripada terus dijangkiti. Antaranya, basuh tangan dengan sabun sebelum makan, mengendali makanan, selepas menggunakan tandas dan pastikan sentiasa mengamalkan kebersihan diri serta mengambil makanan dan minuman daripada sumber yang dipercayai tidak tercemar. Jika mengalami cirit-birit, minum air bersih dengan banyak dan larutan rehidrasi oral (ORS). Jika cirit-birit berterusan selama lebih daripada 48 jam dan individu tidak mampu minum, make mereka perlu segera dapatkan rawatan.
Pengawasan penyakit taun ini harus menjadi sebahagian daripada sistem pengawasan penyakit bersepadu yang merangkumi maklum balas di peringkat tempatan dan perkongsian maklumat di peringkat global.
MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987