DuniaSemasa

Gempa Cianjur: Jasad penjual bakso peluk erat anak ditemui

CIANJUR: Pasukan Pencari dan Penyelamat (SAR) pada Isnin menemui jasad seorang lelaki yang memeluk erat anaknya dalam timbunan runtuhan akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, pada minggu lalu.

Jasad berjaya dikeluarkan pada hari ke-7 sejak gempa Cianjur yang berlaku pada Isnin, 21 Nov lalu.

Memetik laporan CNN Indonesia, jenazah dua beranak yang dikenali sebagai Endin dan anak perempuannya, Anisa ditemui tertimbus di bawah tanah di kedalaman 2 meter.

“Endin itu ayahnya, Anisa. Mereka tetangga saya yang hilang sejak gempa satu minggu lalu,” kata Adul jiran Endin di lokasi kejadian yang hadir untuk mengecam jenazah.

Jasad Endin ditemui dalam posisi memeluk anak perempuannya, Anisa pada jarak sekitar 10 meter dari rumah tinggalnya yang runtuh tertimbus gerombolan tanah.

Endin dikenali oleh warga setempat sebagai peniaga bakso rebus di sekitar Jalan Cugenang.

Proses pemindahan jenazah kedua-dua anak beranak itu telah dibuat secara bersama oleh tim dari Badan Nasional Pencarian & Pertolongan (BASARNAS), Kepolisian Republik Indonesian (Polri) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI).

Petugas SAR membawa jenazah korban ke bahagian Forensik dan Medikolegal RSUD Sayang untuk pengesahan oleh Tim DVI Polri.

BACA JUGA
Anak perempuan 7 tahun ditemui meninggal dunia di bawah timbunan


Bersama kami untuk membantu mangsa yang terkesan akibat gempa bumi di Indonesia melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button