BanjirSemasa

Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama

BANGI: Misi bantu ummah MAPIM Malaysia sebentar tadi telah bergegas ke Kampung Bangi Tambahan, Bangi Lama bagi menyampaikan bantuan segera kepada mangsa banjir yang terkesan di sana.

Sebelum ini, Ummah Today telah melaporkan 80 buah rumah telah terkesan akibat banjir kilat yang dikatakan berlaku pada jam 3 pagi Khamis di sana dan menyebabkan penduduk segera berpindah keluar dari kawasan perumahan itu untuk menumpang di rumah saudara yang terdekat.

Tinjauan sekitar jam 11 pagi tadi yang dibuat oleh Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, Zulhanis Zainol turut melaporkan air naik  sehingga paras dada.

Bertindak pantas, misi bantuan telah dikoordinasikan dari Ummah Central Warehouse MAPIM Malaysia di Bandar Serenia, Sepang untuk menghantar 80 kotak pek bantuan keperluan asas dan 160 karton air mineral kepada mangsa banjir di Kampung Bangi Tambahan, Bangi Lama.

Aktivis kemanusiaan MAPIM Malaysia yang diketuai Tuan Zulhanis Zainol tiba di lokasi antara jam 8 malam bagi menyantuni penduduk terkesan dan menyampaikan bantuan kepada mangsa di balai raya kawasan tersebut.

“Sebelum ini penduduk meluahkan rasa kecewa kerana tiada tindakan mahupun bantuan yang tiba di sini memandangkan tahun ini sahaja telah 3 kali banjir. Kami mendengar rintihan mereka dan selepas tinjauan, kita cuba membantu seberapa segera. Selepas kami menghantar bantuan kotak berisi keperluan asas dan air minuman ini, kita akan susuli dengan bantuan pasca banjir termasuk sama-sama bergotong royong membantu kerja-kerja membersihkan rumah penduduk yang terkesan,” jelas Tuan Zulhanis Zainol, Setiausaha Agung MAPIM Malaysia.

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button