SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan empat negeri bermula Isnin sehingga 11 November.
MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor.
“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” umum MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa.
Pada masa sama, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir lebih kerap pada sebelah petang hingga malam yang dijangka berlaku di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung dan Sarawak.
Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model, European Centre for Medium-Range Weather Forecasts dan Global Forecast System, penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak.
Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang di pantai timur Semenanjung pada sehingga 11 November ini.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038