InspirasiSemasa

Diplomat Malaysia terima anugerah dari World Maritime University of Sweden

MALMO: Diplomat Malaysia, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar terima ‘Anugerah Alumni Cemerlang’ dari World Maritime University (WMU) of Sweden sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam sektor maritim di peringkat nasional serta antarabangsa.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura itu menjadi rakyat negara ini yang pertama menerima pengiktirafan berprestij tersebut.

Petikan dari laman web wmu dot se

“Anugerah itu adalah sebagai pengiktirafan atas kerjaya beliau yang panjang dan terbilang dalam perkhidmatan untuk kerajaan Malaysia serta usaha beliau untuk membina kerjasama antarabangsa dalam isu berkaitan maritim melalui dialog yang membina,” menurut petikan dari laman web rasmi WMU.

Datuk Dr Azfar Mohamad (berjubah merah biru) – Kredit foto BERNAMA

Dr Azfar menerima penganugerahan itu pada Majlis Graduasi WMU 2022 di Malmo, Sweden pada Isnin.

Datuk Dr Azfar Mohamad dalam Majlis Graduasi WMU 2022 di Malmo, Sweden pada Isnin. Kredit BERNAMA

Sebelum itu, beliau memperoleh Sarjana Sains dalam Hal Ehwal Maritim dari WMU pada tahun 2001 dan PhD dalam undang-undang Maritim dari University of Wales, Swansea, United Kingdom pada tahun 2011.

Dr Azfar pernah berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Perancis dari tahun 2018 hingga 2021 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.


Untuk rekod, WMU diasaskan pada tahun 1983 oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berperanan sebagai pusat kecemerlangan terulung bagi pendidikan lepasan ijazah maritim, penyelidikan & pembinaan keupayaan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button