Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di daerah Segamat meningkat sedikit kepada 42 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 36 orang petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menempatkan penduduk yang terjejas susulan limpahan air Sungai Muar, sejak Rabu lepas.
“Dua PPS yang masih dibuka adalah Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya.
“Kawasan yang terjejas pula melibatkan penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya,” katanya dalam kenyataan itu.
Keadaan cuaca di johor dilaporkan cerah ketika ini, kecuali mendung di beberapa daerah iaitu Mersing, Segamat, Batu Pahat dan Kulai. – BERNAMA
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038