OCD: Gangguan mental yang kita tak sedar
Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today
OCD atau sering dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder adalah penyakit mental di mana penghidapnya mementingkan kesempurnaan atau ‘perfectionist’.
Penghidap OCD biasa akan menyemak semula kegiatan harian yang mereka lakukan seperti menyusun sudu tetapi mengikut saiz sudu, memastikan memakai stokin sebelum pergi kerja dan sebagainya.
Mengikut statistik, antara 2.1 hingga 7.9 peratus daripada populasi menghidap penyakit ini dikenali sebagai kecelaruan personaliti yang paling kerap ditemui.
Tanda-tanda dan simptom
- Obsesi
Penghidap OCD akan menjadi resah dan takut memikirkan perkara buruk akan terjadi.
Penghidap akan mengalami keresahan dan sukar untuk dikawal menyebabkan mereka melakukan perbuatan kompulsif untuk menghentikan keresahan yang dialami.
2. Kompulsif
Kompulsif bermaksud perbuatan yang sering diulang untuk menghilangkan tekanan dan keresahan yang dialami.
Majoriti penghidap OCD yakin dengan mengulang perbbuatan dapat mengelakkan perkara buruk dari terjadi.
Jenis OCD yang dialami
- Ketakutan kepada kuman dengan melakukan perbuatan kompulsif dengan membersihkan tangan, kuku dan membasuh objek yang disyaki terkena kuman.
- Kesempurnaan dengan menyusun atau mengemas barang mengikut warna, saiz, bentuk dan sebagainya.
Tips rawatan OCD
Terapi
Jika anda mengalami simptom, anda boleh berjumpa dengan pihak kaunseling. Mereka akan memberi nasihat untuk mengubah cara pemikiran dan proses berfikir.
Terapi tingkah laku kognitif dan terapi pendedahan dan respon merupakan terapi yang berkesan kepada penghidap OCD.
Mengambil ubat-ubatan
Pengambil antidepresan dapat mebantu mengurangkan gejala OCD.
Ubat seperti selective serotonin reuptake inhibtor (SSRI) adalah jenis antidepresan yang diberi untuk mengurangkan pemikiran obesesif dan kompulsif.